Mudah ke nak jd Jurufoto Perkahwinan jika tiada minat & keinginan? Ada org kata mudah, hanya bermula dgn membeli set DSLR... lepas tu, minta kawan2 bg izin utk kita ambil gambar kahwin dia... tadaaa... dh jd jurufoto perkahwinan.... Tp jurufoto ke jurugambar? tu persoalan lain...
Jika ada set DSLR yg mahal, tp keinginan hanya sekadar di pinggiran & minat tidak mengatasi alasan sukar utk menjadi Jurufoto Perkahwinan, lupakan ajer niat tu... Jual ajer DSLR & belilah P&S digital kompak kamera... senang dibawa ke mana shj...
Pengorbanan terhadap keluarga sendiri juga perlu dilakukan.... Sanggup kah? Saya yakin ramai yg tak sanggup... sebab tu ramai jurufoto/jurugambar muncul dlm industri, tetapi tak kurang juga yg menyepikan diri selepas hanya 1 atau 2 tahun... mungkin tak sanggup dileteri isteri sbb selalu tiada di rumah pd hujung minggu???... Mungkin juga penat & tak sanggup bersesak dalam majlis menongkah arus bersama kaum kerabat pengantin yg juga berkeinginan menjadi jurufoto rasmi... hahahaa...
Saya sendiri kdg2 terfikir2 juga semua itu.. Namun sebabkn minat yg mendalam, sy gagahi juga langkah ini. Ilmu dicari di mana2 yg sempat... Penat badan tak dihiraukan... Alhamdulillah, anak & isteri memahami, malah menggalakn saya utk terus berkerjaya...
Terima Kasih Isteriku Norfarina & Terima Kasih Anakku Nur Afrina Aida
Untuk Apakah Anda Membayar Jurugambar Anda
-Oleh: Hasnuddin Abu Samah, Pengarah Urusan, Adan Impresif.
Apabila anda mengupah seorang jurugambar untuk merakamkan gambar majlis perkahwinan anda, beliau akan mengenakan sejumlah harga tertentu bagi perkhidmatannya. Sekiranya anda tidak memahami akan proses yang terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan, anda tentu akan menganggap harga yang dikenakan adalah tidak setimpal. Berikut saya senaraikan 5 kos utama yang sebenarnya terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan:
1) Kos Peralatan Kamera
Untuk menghasilkan gambar perkahwinan yang baik memerlukan kamera yang berkualiti. Satu set kamera digital yang baik berharga dalam lingkungan RM 10,000. Selain dari kos pembelian, kos pemeliharaan juga diambil kira. Set kamera ini perlu dinaiktaraf, diservis dan diperbaiki jika berlaku kerosakan. Peralatan digital mengalami susut nilai yang lebih cepat berbanding peralatan kamera analog. Dengan mengambil kira semua kos inilah jurugambar mengenakan harga tertentu untuk perkhidmatan mereka. Ini bermakna, selain mengupah jurugambar, anda juga sebenarnya membayar kos ‘sewa’ peralatan mereka.
2) Kemahiran Jurugambar
Untuk menjadi seorang jurugambar yang baik, seseorang itu perlulah mempunyai kemahiran fotografi yang tinggi. Selain dari itu, jurugambar juga perlu mempunyai kemahiran lain seperti kreativiti, pandai berkomunikasi, mempunyai citarasa yang tinggi dan kemahiran lain. Kemahiran ini hanya dapat dikuasai dengan pengetahuan, latihan dan pengalaman. Ini bermakna, semakin tinggi kemahiran seseorang jurugambar itu, semakin tinggi pula harga yang akan dikenakan untuk perkhidmatannya.
3) Masa Perkhidmatan
Jurugambar adalah seorang profesional. Ini bermakna, beliau hanya akan mendapat bayaran dari kerja perkhidmatan yang dilakukan. Seseorang jurugambar cuma boleh merakam gambar untuk satu majlis sahaja pada sesuatu masa. Ini bermaksud, masa adalah satu faktor yang amat bernilai kepada seseorang jurugambar. Dengan itu, jurugambar mengenakan harga untuk perkhidmatannya berdasarkan berapa lama masa yang perlu diambil untuk sesuatu tugasan.
4) Perkhidmatan Selepas Rakaman
Setelah jurugambar selesai merakam gambar untuk majlis perkahwinan anda, tugas beliau sebenarnya tidak habis di situ sahaja. Beliau perlu menyunting kesemua gambar yang telah dirakam dengan memilih gambar yang terbaik sahaja. Sekiranya perlu, gambar yang terpilih akan diperbaiki lagi dari segi kecerahan, kontras, warna, ketajaman, komposisi dan sebagainya. Seterusnya, barulah gambar anda tadi akan dicetak. Selepas cetakan gambar siap, jurugambar akan meneliti kembali kualiti cetakan gambar. Gambar yang tidak sempurna akan dicetak kembali agar mencapai tahap kualiti yang dikehendaki. Akhir sekali, kesemua gambar-gambar tersebut akan disusun ke dalam album sebelum diserahkan kepada pelanggan.
5) Kos material
Selain dari kos perkhidmatan yang disebutkan di atas, kos material juga terlibat dalam menentukan harga perkhidmatan seseorang jurugambar. Antara kos material yang terlibat ialah kos pengangkutan, cetakan gambar, album, bil telefon, kos promosi serta lain-lain kos peniagaan.
Dengan mengetahui kos sebenar yang terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan, diharap anda akan lebih menghargai peranan seorang jurugambar walaupun anda terpaksa mengeluarkan sejumlah wang untuk membayar perkhidmatannya. Walau apa pun, sememangnya berbaloi untuk membelanjakan wang kepada sesuatu yang boleh anda tatap sehingga ke akhir hayat. Tambahan pula, ianya adalah gambar hari yang paling bahagia dalam hidup anda.

Ini pula konsep Metro yg lebih ranggi kerana bertemakan bandar / kawasan urban bagi mengabadikan kenangan terindah bersama pasangan masing, berjalan2 di kota dikelilingi org ramai yg menjadikn anda & pasangan sbg subjek utama.. Jangan terkejut jika ada yang bertanya "bang, artis mana tuu?..." hahahhaaa....

Kredit pd Team PEVEYHACK.Com utk Sessi Outing ini. Terima Kasih atas tunjuk ajar sifu2 sekalian...
" Meriahnya Majlis, Mahalnya Busana, Anggunnya Tatarias, Gahnya Kanopi & Pelamin, Nikmatnya Hidangan akan hilang begitu shj… Yg tinggal hanya kenangan indah diabadikan dlm Album Perkahwinan "
Salam Kebahagiaan,
Saiful Hasmadi - Pengasas / Pengurus
MK Photography & Wedding Services (SA0111901-T)
http://www.mediakreatif.com.my/
http://www.mediakreatif.com/
Foto2 semasa majlis pertunangan Arwah...
http://www.flickr.com/photos/mediakreatif/sets/72157618946407614/
Salam...
Bagi memenuhi kepuasan semua pihak selari dengan proses perkembangan perniagaan Fotografi & Khidmat Perkahwinan, MK Photography & Wedding Services kini dengan berbesar hati memaparkan laman sesawang yang baru utk anda semua... Sementara itu, anda masih boleh mendapatkan info yg berkaitan di SINI atau klik ke http://www.mediakreatif.com.my/
Anda juga boleh ke Galeri Album Maya MediaKreatif di http://www.flickr.com/photos/mediakreatif
atau klik kategori berikut
TERIMA KASIH
Tulus Ikhlas dari
MK Photography & Wedding Services (SA011901-T)
[e] mediakreatif@ymail.commediakreatif@ymail.commediakreatif@ymail.com This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it [m] +6019.278.0774
[w] http://www.mediakreatif.com